Seperkara lagi yang melihatkan betapa berbahaya fatwa ulama jika tidak berlandasakan kepada ajaran Islam ialah seperti mana yang pernah diperkatakan oleh Tun Mahathir Mohamed yang menerangkan bagaimana ulama-ulama terdahulu mengeluarkan fatwa dan kemudiannya menjadi panduan dan ikutan. Padahal hari ini fatwa itu dianggap amat jahil sekali dan merugikan Islam jika dijalankan. Beliau mengatakan, "ada yang berpengetahuan agama tetapi tidak mempunyai ilmu lain membuat dakwaan terhadap hasil industri sebagai bertentangan dengan ajaran Islam. Demikian mesin cetak dianggap haram, dan tidak boleh digunakan untuk mencetak Al Quran, lampu letrik tidak boleh digunakan di masjid, bahkan tidak boleh digunakan sama sekali di sebuah negara Islam. Gambar foto dan gambar bergerak tidak dibenar dan bermacam-macam lagi yang kita ketawa sekarang tetapi dipandang sebagai serius pengharamannya pada masa tertentu". Kenyataan ini memperlihatkan bagaimana besar pengaruh ulama ke atas pemikiran umat Melayu.
Penulis juga tercari-cari jawapan, mengapa kebanyakan orang Melayu begitu keras dan kasar terhadap penganut agama lain? Sedangkan Rasulullah saw begitu lembah lembut terhadap orang bukan Islam. Walaupun memang ada ayat Al Quran yang menyebutkan bahawa Nabi Muhammad saw sangat keras dengan orang kafir tetapi dalam sirah Rasulullah saw tidak terdapat satu peristiwa yang memperlihatkan baginda saw sikap begitu semasa mengadakan hubungan sosial dengan orang bukan Islam. Sebenarnya sikap keras Rasulullah saw terhadap orang kafir merujuk kepada tindakan baginda saw yang tidak bertolak ansur terhadap kejahatan dan keburukan. Kesalahfahaman ini yang mendorong satu ketika dulu dan mungkin pandangan ini masih bersarang di sebilangan orang Melayu iaitu orang kafir tidak dibenarkan masuk ke masjid . Golongan ini menganggap seolah-olah orang bukan Islam bukan ciptaan Allah swt dan dianggap tidak suci. Pandangan-pandangan ini yang menyebabkan tertanam rasa benci terhadap orang bukan Islam dan menganggap bahawa Islam adalah milik orang Melayu sahaja. Alhamdulillah pandangan ini sudah semakin menghilang apabila umat Melayu mula terdedah dengan kisah-kisah Rasulullah saw yang benar. Mereka mula menyedari bahawa Rasulullah saw tidak mengajarkan ajaran Islam sekeras itu. Masjid adalah rumah Allah, janganlah merosakkan kesucian masjid dengan menanam benih-benih kebencian dan permusuhan. Allah swt pasti akan murka dan janganlah salahkan Allah swt jika mereka gagal di dalam kehidupan ini dan sering ditimpa kesusahan kerana mereka telah menyalahgunakan rumah-Nya.
Pada 1 Februari 1926, terdapat sebuah artikel karya Ahmad Lutfi di dalam akhbar Seruan Azhar. Beliau dipercayai pada ketika itu masih menuntut di Univerisiti Al Azhar telah menulis artikel berjudul "Kewajipan Ulama Islam". Beliau kesal dengan sikap sesetengah ulama di Tanah Melayu. Beliau mengatakan "mereka itu tidak bergerak kerana orang-orang besar dengan harapan supaya kemudiannya nanti mereka menerima hadiah dan pangkat. Mereka mengumpulkan ayat dan hadis yang hanya boleh menguatkan kedudukan mereka sahaja". Pendeknya , demikian katanya mereka hanya layak untuk mencuri dari saku orang-orang kaya dan menghisap darah orang-orang miskin. Dalam keghairahan mereka hendak membela Islam,menentang tuduhan-tuduhan berfahaman kabur yang datangnya daripada pihak Barat". Berdasarkan tarikh penerbitan ini pada 1 Februari 1926, dapatlah disimpulkan bahawa penyakit golongan ulama yang tidak bersih hati dan pemikiran ini sudah lama mengakar di dalam kehidupan masyarakat Melayu. Amat memalukan jika umat Melayu terjatuh dua kali dalam lubang yang sama jika mereka menerima bulat-bulat apa sahaja yang difatwakan oleh sesetengah golongan ulama. Walau bagaimanapun perlu ditegaskan di sini pendedahan ini bukan bermaksud kita harus anti ulama. Penulis yakin masih ramai ulama-ulama di rantau ini yang masih bersih hatinya dan mereka amat mencintai Allah dan Nabi Muhammad saw. Sebagai jalan keluar terhadap kemelut ini, umat Melayu Islam perlu merujuk sendiri kepada Al Quran dan Sunnah dan hadis Nabi Muhammad saw dan bukan merujuk dengan hanya mendengar dari mulut seseorang melainkan perlu diselidiki sendiri sumber asalnya. Dalam masa yang sama umat Melayu perlu banyak berdoa kepada Allah swt, Yang Maha Hidup dan Maha Berkata-kata untuk memberi petunjuk yang jelas kepada mereka. Mudah-mudahan dengan berdoa kepada-Nya, Allah swt akan memberi pandangan dan petunjuk rohani untuk jelas bagi mengetahui sesuatu kebenaran. Selama umat Melayu melihat untuk mencari kebenaran dengan hanya menggunakan mata biasa sahaja, selama itulah juga mereka akan ditipu dan tertipu. Bersihkanlah hati dan pemikiran agar mata rohani dapat berfungsi untuk melihat dan menilai sesuatu kebenaran. Mata rohani adalah anugerah khas Allah swt kepada hamba yang benar-benar memohon bimbingan dan petunjuk-Nya.

- PENGARUH