Wednesday, 11 July 2012

MENAJAMKAN AKAL


LEBIH MENGUNTUNGKAN KEPADA SESIAPA YANG KERAP BERZIKIR, OTAK MEREKA MENJADI TAJAM DAN PINTU-PINTU ILMU MAKRIFAT DAN ILMU-ILMU YANG INDAH AKAN DIBUKA KEPADANYA, SEHINGGA MEREKA SENDIRI AKAN MERASA HAIRAN, JANJI INI TERDAPAT DI DALAM AL QURAN.

ayat 190 dan 191 surah Ali-Imran
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi (seraya berkata) Ya Tuhan kami, tiada Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, peliharalah kami dari seksa neraka.

MEMANG ADA ORANG YANG TIDAK BERTUHAN PUN DIBERIKAN KEPANDAIAN TETAPI ALLAH SWT MENGANUGERAHKAN KEPANDAIAN ITU KEPADA MEREKA ADALAH KERANA HASIL USAHA DAN KEGIGIHAN MEREKA. UNTUK ORANG ISLAM, ALLAH SWT MEMBERI JALAN PINTAS KEPADA MEREKA. MEREKA TIDAK PERLU BERHEMPAS PULAS UNTUK MENGEJAR DUNIA KERANA DUNIA YANG AKAN MENGEJAR MEREKA TETAPI DENGAN SYARAT MEREKA PERLU MENDAHULUKAN ALLAH SWT DI DALAM KEHIDUPAN INI. CARANYA IALAH MEREKA HARUS MENGINGATKAN ALLAH SWT PADA SETIAP SAAT DI DALAM PEMIKIRAN, PERKATAAN DAN PERBUATANNYA. MEREKA  PERLU MENANYAKAN “APAKAH ALLAH SWT SENANG DENGAN PEMIKIRAN, PERKATAAN DAN PERBUATAN AKU INI?” APABILA SEMUA PERKARA DILAKUKAN UNTUK MENARIK KECINTAAN DAN MENGHIBURKAN ALLAH SWT PASTI KEHIDUPAN MEREKA JUGA AKAN DIHIBURKAN OLEH ALLAH SWT. ALLAH SWT AKAN MENGANUGERAHKAN ILMU KEDUNIAAN YANG LUAR BIASA UNTUK MENGANGKAT MARTABAT MEREKA. SAYANGNYA BANGSA MELAYU MASIH BERGANTUNG KEPADA WUJUD DAN CARA LAIN YANG BERTENTANGAN DENGAN AJARAN AL QURAN UNTUK MEMPERTAJAMKAN AKAL. WALHAL DI DALAM AGAMA ISLAM ITU SENDIRI TELAH TERSEDIA DAN DIPERSIAPKAN OLEH ALLAH SWT SUATU FORMULA BAGI MEMPERTAJAMKAN MINDA (POWER OF MIND)

No comments:

Post a Comment