Tu dia, Anwar Tamakkan kerusi Dun dan Parlimen tanpa pedulikan hak parti pembangkang tempatan negeri Sabah. Ini ke yang dikatakan memperjuangkan hak-hak rakyat sabah? semua PR nak sapu. Jelaslah sekali PR bukannya nak perjuangkan hak-hak rakyat sabah.
Saya rasa ramai yang masih ingat, sewaktu PBS memerintah negeri Sabah. PBS membuat permintaan membina Universiti di Sabah. Tapi malangnya, Anwar menolak dan mengatakan bahawa Sabah tidak perlukan Universiti sewaktu ia masih dalam kerajaan. Apabila ia ditendang "goreng sotong" dari kerajaan. Barulah kerajaan meluluskan peruntukkan untuk membina Universiti di Sabah.
Chua Soi Lek pernah berkata bahawa ,PBS pernah memdesak untuk menwujudkan RCI, tapi Anwar sendiri juga yang menolak permintaan tersebut.
Kenapa rakyat Sabah perlu mempercayai Anwar lagi? tengok lah trek rekodnya sewaktu ia menjadi Menteri Kewangan!! Lihatlah kepimpinannya dalam PR....!!!, Dia tak banyak buat apa-apa untuk Sabah sewaktu ia dalam kerajaan.
Konon cuba untuk 5 tahun dulu, kalau tidak bagus tukar balik. itulah yang selalu diperkatakan oleh PR selama ini. Jawapan saya tentang itu, cukuplah 5 tahun negeri-negeri yang mereka kuasai, banyak masalah dan pembohongan yang mereka lakukan, malah lebih teruk dan terhebat ZALIM dalam menindas rakyat. Kata tidak tindas rakyat? Apa hal pula tentang tanah yang dirampas di Kg. Buah Pala?
Apa hal pula tentang air di selangor? konon itu semua tipu dan fitnah serta tidak wujud masalah itu. Masakan pula pokok bergoyang tanpa angin? Sudah tentu masalah ini PR tidak mampu menyelesaikannya dan menyalahkan kepada pihak yang lain. bertanggungjawablah sikitlah.
Pasir pula cerita di Selangor? pun tidak terjawab.... bisulah kamu ini lama-lama pasal berdiam diri tentang isu itu.
PR hanya juara di Jalanraya, tidak untuk rakyat Malaysia. Tidak pernah mencari penyelesaian atau membantu rakyat. Hari-hari cakap keburukkan orang lain, keburukkan sendiri pula tidak disedari, itu pun kalau tidak disedari. Sedar, tapi menafikan walaupun buat silap dan menunding kesalahan pada orang lain. Sikit-sikit tuduh orang lain. Itu kah janji PR sewaktu kempen PRU 12? Konon lebih bertanggungjawab dan telus.......entah siapa lagi akan masuk poket PR ini kali... !!