INI LAH WAJAH SEBENARNYA ULAMA ULAMA PAS
Saturday, 30 March 2013
Wednesday, 27 March 2013
PROGRAM TRANSFORMASI KUMPULAN YAYASAN SABAH
ROAD SHOW
YAYASAN SABAH BERSAMA RAKYAT
PROGRAM TRANSFORMASI KUMPULAN YAYASAN SABAH
(PERINGKAT ZON PANTAI BARAT SELATAN)
DI SEMPURNAKAN OLEH
YAB DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN
KETUA MENTERI SABAH MERANGKAP
PENGERUSI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH YAYASAN SABAH
27 MAC 2013
Sunday, 24 March 2013
SEDIKIT PANDANGAN BEKAS SEORANG MENTERI KEWANGAN: DAIM ZAINUDDIN
"PKR ADALAH PARTI YANG LAHIR DI JALANAN. JADI IA AKAN KEMBALI KE JALANAN. JADI ITU LAH BUDAYAANNYA."
"DAP SEBENAR-BENARNYA PARTI CINA. IA BUKANLAH PARTI PELBAGAI KAUM. IA BERSIFAT CAUVINISTIK TETAPI MENDAKWA SEBAGAI MALAYSIAN MALAYSIA. ANDA BOLEH LIHAT DALAM PEMILIHAN PARTI YANG LALU, AHLINYA TIDAK MAHU WALAU SEORANGPUN MELAYU DUDUK DI JAWATAN TERTINGGI PARTI.TUN DAIM ZAINUDDIN
INI AMAT JELAS. ITULAH IDEA MALAYSIAN MALAYSIA MEREKA. TIDAK KIRA APA YANG DIDAKWA PEMIMPIN MEREKA, AHLI MENJADI PENENTUNYA. PAS JUGA MEMPUNYAI MASALAH SAMA.
APABILA ISU KALIMAH ALLAH DIBANGKITKAN, PEMIMPINNYA BERANGGAPAN KONONNYA MEREKA BOLEH IKUT ANWAR TETAPI AHLI PADA PERINGKAT AKAR UMBI MEMBERI RESPON MEREKA - DENGAN MENOLAK PENDIRIAN PEMIMPIN PARTI BERKENAN. DAN MAJLIS SYURA JUGA BERKATA TIDAK. SEKIRANYA ORANG CINA TIDAK MEMAHAMI INI, MEREKA AKAN MENYESAL."
TUN DAIM ZAINUDDIN
BERITA HARIAN
24 MAC 2013
AHAD
" PKR SENTIASA PARTI ' ONE MAN SHOW ' SEJARAHNYA IALAH PARTI YANG MEMPERJUANGKAN ANWAR. MEREKA ADALAH BEKAS AHLI UMNO. KEMUDIAN BEBERAPA ORANG BERFIKIRAN LIBERAL MENYERTAI MEREKA, YANG TERPENGARUH DENGAN NADA KEADILAN DAN KESAKSAMAAN, TETAPI PADA HAKIKATNYA IA SEKADAR SLOGAN. IA SEBENARNYA PERJUANGAN UNTUK SATU ORANG, BUKAN PUN UNTUK KEADILAN. SIAPAKAH YANG SUDAH MEREKA PERJUANGKAN? APAKAH YANG DIPERJUANGKAN? LIHAT SAJA PENDIRIAN MENGENAI PALESTIN. IA ADALAH PERSOALAN MENGENAI KEADILAN DAN KEMANUSIAAN. MEREKA MEMBERI SOKONGAN KEPADA ISRAEL"
TUN DAIM ZAINUDDIN
Saturday, 23 March 2013
AL QURAN TIDAK ADA MENYERU UMAT ISLAM BERDEMONSTRASI GANAS
http://www.youtube.com/watch?v=3V6wcKS-z5I
Alquran menyerukan kita untuk berjihad sebagai berikut,
“Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang kafir, dan berjihadlah terhadap mereka (dengan Alquran) dengan jihad yang besar.” (25:53).
Akan tetapi, apakah orang-orang Islam dewasa ini menyerukan kepada orang-orang untuk berjihad seperti jihad Alquran itu? Berapa banyakkah orang-orang yang telah keluar untuk berjihad terhadap orang-orang kafir dengan membawa Alquran di tangan mereka? Apakah di dalam Islam dan di dalam Alquran tidak terdapat suatu keindahan apa pun yang dapat menarik hati orang-orang terhadapnya? Apabila hal demikian itu benar, lalu bukti kebenaran Islam itu apa? Tuturan manusia dapat menawan hati orang-orang, tetapi hanya kalam Tuhan yang demikian tidak berkesan sehingga dengan perantaraannya hati orang-orang tidak dapat ditaklukkan? Oleh karena itu maka pedang diperlukan untuk menyuruh orang-orang beriman? Akan tetapi sampai hari ini tidak pernah terjadi hati ditundukkan dengan pedang. Bahkan Islam mengutuk keadaan yang didalamnya agama dianut orang karena takut atau karena rayuan pesona duniawi.
ADAKAH INI YANG PAS FAHAMI DARI AJARAN YANG DIBAWA OLEH NABI SAW? ADAKAH INI YANG DIAJAR OLEH AL QURAN KARIM?
“Dan berperanglah pada jalan Allah dengan orang-orang yang memerangimu, dan janganlah kamu melampaui batas. Dan ingatlah bahwa sesungguhnya Allah tidak mencintai orang yang melampaui batas.”(2:191).
“Bukanlah kebajikan kalau kamu memasuki rumah-rumah dari belakangnya, akan tetapi kebajikan sejati ialah orang yang bertakwa. Dan masukilah rumah-rumah itu dari pintu-pintunya dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu berbahagia” (2:190).
sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.(28:77)
PERBUATAN MENIRU DEMONSTRASI SEPERTI BARAT ADALAH PERBUATAN YANG MEMBAWA KEMUDARATAN DAN KEROSAKAN PADA KEAMANAN DAN KESTABILAN NEGARA.
Friday, 15 March 2013
SOALAN MATEMATIK DI LAHAD DATU
MULA-MULA INI YANG DIANJURKANNYA DAN IA LAH JUARA SEGALA DEMONSTRASI DALAM NEGARA INI. TIADA YANG BOLEH MAMPU MENANDINGNYA. APABILA TEKNIK INI KURANG BERKESAN, IA MENCUBA BENDA BARU YANG BELUM PERNAH ORANG TERFIKIR.
MARI MEMBUAT KIRAAN CAMPUR PUNYA CAMPUR , BAHAGI DAN TOLAK.
( CAMPUR )+
( CAMPUR )+
( SAMA JUGA ) =
HASILNYA INI !!!! PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU
Tuesday, 12 March 2013
TIAN CHUA TIDAK SENSITIF
IKUT SEDAP MULUT DIA BUAT KENYATAAN INSIDEN DI LAHAD DATU
TIAN CHUA SEHARUSNYA MEMIKIRKAN SEBELUM MEMBUAT KENYATAAN TENTANG INSIDEN DI LAHAD DATU. KENYATAANNYA ITU LANGSUNG TIDAK MEMIKIRKAN PERASAAN ORANG YANG TERLIBAT DALAM INSIDEN DI LAHAD DATU. ORANG DALAM KETAKUTAN DAN CEMAS, SEWENANG-WENANGNYA TIAN CHUA MEMBUAT KENYATAAN YANG MENYAKITKAN HATI RAKYAT SABAH. JELAS SEKALI, IA TIDAK PEDULIKAN PERASAAN ORANG LAIN, YANG IA TAHU ADALAH POLITIKAL MILEAGE ATAU KELEBIHAN MENCARI POPULARITI SAJA. TIAN CHUA JUGA TIDAK SENSITIF DAN MEMAHAMI PERASAAN ORANG SABAH KETIKA SAAT SAAT YANG MENCEMASKAN DAN DALAM KEADAAN KETAKUTAN.
Sunday, 3 March 2013
Abad Kebangkitan Islam
Abad ini dikatakan abad kebangkitan Islam yang boleh ditafsirkan
bahawa akan telepaslah ummat Islam dari belenggu pelbagai masalah merangkumi
kemunduran ekonomi dan sosial, dan Islam sebagai agama yang akan menjadi pilihan
dan anutan majoriti umat manusia, umat Islam bakal menjadi model dan dihormati.
Namun, bercerita tentang kebangkitan Islam seolah-olah ingin diketengahkan satu
kisah dongeng yang melucukan untuk hiburan bangsa-bangsa dunia. Dari zaman ke
zaman seolah-olah tanpa penghujung kisah kebangkitan Islam terus menerus
dikumandangkan sehingga orang yang mendengarnya menjadi bosan dan muak. Islam
dan umatnya terus terperosok di bawah timbunan herdikan dan gurauan umat lain
sebab dianggap sebagai umat yang lemah dan jahil. Irama kebangkitan terus
dimainkan tetapi tiada tanda-tanda yang jelas untuk membuktikan bahawa umat
Islam mampu kembali ke zaman kegemilangannya. Buktinya, pada hari ini umat Islam
terpaksa tunduk kepada kekuatan kuasa-kuasa besar yang diketuai oleh Amerika
Syarikat yang menjadi kuasa raksasa
dalam
bidang militari. Manakala dari sudut ekonomi, politik dan sosial pula, mereka
seolah-olah menjadi “Tuhan” kerana sebahagian besar masyarakat dunia berkiblat
kepadanya dan mendewa-dewakannya. Kekuasaan mereka seolah-olah tidak dapat
dikalahkan oleh sesiapa pun. Apakah Allah swt akan terus mendiamkan diri
terhadap semua kedajjalan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya?
Sebenarnya Islam dengan kekuatan RAHMAT ajaran Nabi Muhammad saw, akan
menundukkan mereka dan memimpin dunia ke arah kedamaian dan kemakmuran bagi
menggantikan dunia yang penuh kezaliman dan keganasan. Tiada sesiapa yang boleh
menahan zaman kebangkitan Islam sesuai dengan janji Allah swt, “Dan
Kami tiada mengutusmu (Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi semesta
alam” (Al Anbiyaa’ : 108) dan
“Dialah yang mengutus RasulNya dengan petunjuk dan agama yang benar supaya Dia
memenangkanNya atas sekalian agama. Dan cukuplah Allah sebagai saksi” (Al Fath :
29). Ayat-ayat
suci Al Quran ini mengandungi satu rahsia agung bahawa Allah swt sedang
mempersiapkan dunia dan zaman baru yang akan dipimpin oleh Islam. Dengan kata
lain, abad ini adalah akhir
zaman atau penghujung kepada
zaman
kegelapan
Islam. Pemilik alam ini akan mendatangkan kiamat rohani bagi membasmi segala
kerosakan agama dan moral manusia, kemudian mewujudkan zaman kebangkitan semula
Islam yang akan menghidupkan kembali rohani manusia yang telah mati melalui
cahaya Rahmat ajaran Nabi Muhammad saw. Proses kebangkitan Islam akan
menyempurnakan janji Allah swt bahawa umat Islam adalah khaira
ummah
(umat terbaik) kepada masyarakat dunia, sepertimana firman Allah swt,
“Kamu
adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia” (Ali ‘Imran :
111).
Namun
begitu, zaman kebangkitan Islam yang dijanjikan oleh Allah swt sering terbantut
disebabkan oleh umat Islam sendiri melakukan kesalahan dan kelalaian yang
menimbulkan kemurkaan Allah swt. Justeru itu, umat Islam tiada pilihan lain jika
ingin melihat zaman kebangkitan Islam, mereka perlu mengenal-pasti dan bertaubat
dari dosa-dosa yang telah menimbulkan kemurkaan Allah swt. Sekaligus membolehkan
mereka memahami mengapa Allah swt seolah-olah mendiamkan diri untuk membela umat
Islam yang sedang menghadapi pelbagai bencana dan serangan daripada
musuh-musuhnya.
Friday, 1 March 2013
Hentikan Kezaliman dan Permusuhan Sesama Islam
Sepertimana yang telah diperkatakan sebelum ini bahawa proses
kebangkitan Islam yang dijanjikan oleh Allah swt sering terhambat disebabkan
oleh perbuatan umat Islam sendiri. Ada sesuatu yang dibenci oleh Allah swt, di
antaranya adalah perpecahan dan permusuhan sesama umat Islam. Kesalahan ini
merupakan antara dosa yang telah dan sedang menimbulkan kemurkaan Allah swt yang
amat besar. Umat Islam hari ini mempunyai amalan keji yang amat tidak disukai
Allah swt seperti amalan dusta dan fitnah serta kekerasan bagi tujuan
menjatuhkan saudara seagamanya. Disamping itu, sebilangan umat Islam begitu
mudah menggunakan kata-kata menyesat dan mengkafirkan kelompok Islam yang lain
jika pendapat dan pandangan pihak lain tidak selari dengan pendapat dan
pandangan mereka. Bagi memperkukuhkan dakwaan tersebut pelbagai fitnah
direka-rekakan. Islam memandang keji terhadap fitnah memfitnah sehingga
mengumpamakan dosa memfitnah itu lebih merbahaya daripada perbuatan membunuh,
“...
dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan...” (Al Baqarah :
192).
Sememangnya fitnah memfitnah merupakan senjata yang paling kotor kerana
kemampuannya mengakibatkan pergaduhan, pembunuhan dan kerosakan yang tidak disenangi oleh Allah
swt. Malah Nabi Muhammad saw juga pernah bersabda bahawa dusta
adalah ibu kepada kejahatan kerana satu dusta akan melahirkan lebih banyak dusta
untuk menutupi dusta-dusta yang sebelumnya.
Ini adalah di antara dosa-dosa umat Islam yang telah menimbulkan kemurkaan Allah
swt kerana menyuburkan kebencian, prasangka buruk, permusuhan, ketidakadilan,
penganiayaan dan kezaliman sesama Islam. Dosa ini yang menyebabkan permusuhan
sesama Islam menjadi semakin besar dan telah menghalang umat Islam
daripada bersatu, pada hal ajaran Islam telah meruntuhkan semua tembok pemisah
bagi membentuk ukhuwah
Islamiyah.
Atas dasar itu, Allah swt memberi pelbagai perintah dan peringatan kepada umat
Islam untuk menyelamatkan mereka daripada permusuhan sesama sendiri dan
mengelakkan orang Islam menjadi pengikut kepada golongan yang dimurkai Allah
swt.
Subscribe to:
Posts (Atom)