Thursday, 31 January 2013

Hadis Nabi Saw














Terjemah dan komentar
Oleh : Abd. Rozaq

إِذْ حُدِّثْتُمْ عَنِّي بِحَدِيْثٍ يُوَافِقُ الْحَقَّ فَخُذُوْهُ
Jika diceriterakan kepadamu tentang Haditsku yang sesuai dengan kebenaran, maka ambillah itu(Kanzul-Umal, Juz X/29212)
أَلاَ إِنَّ رَحْيَ اْلإِسْلاَمِ دَائِرَةٌ قِيْلَ فَكَيْفَ نَصْنَعُ يَارَسُوْلَ اللهِ قَالَ أَعْرِضُوْا حَدِيْثِيْ عَلَى الْكِتَابِ فَمَا وَافَقَهُ فَهُوَ مِنِّيْ وَأَنَا قُلْتُهُ
Ingatlah, sesungguhnya kepala Islam itu adalah bulatan, ditanyakan: Maka bagaimana kita berbuat wahai Rasulullah, beliau menjawab: Bentangkanlah Haditsku kepada Kitab itu, maka jika itu sesuai berarti itu dariku dan aku telah mengatakannya(Ath-Thabrani dalam Al-Kabir, Samuwaih dari Tsauban dan Kanzul-Umal, Juz I/992)
سُئِلَتِ الْيَهُوْدُ عَنْ مُوْسَى فَأَكْثَرُوْا فِيْهِ وَزَادُوْا وَنَقَصُوْا حَتَّى كَفَرُوْا وَإِنَّهُ سَتَفْشُوْ عَنِّيْ أَحَادِيْثُ فَمَا أَتَاكُمْ مِنْ حَدِيْثِيْ فَاقْرَؤُوْا كِتَابَ اللهِ وَاعْتَبَرُوْهُ فَمَا وَافَقَ كِتَابَ اللهِ فَأَنَا قُلْتُهُ وَمَا لَمْ يُوَافِقْ كِتَابَ اللهِ فَلَمْ أَقُلْهُ
Kaum Yahudi ditanya tentang Musa, lalu mereka memperbanyak tentangnya, menambah dan mengurangi hingga mereka kafir; sungguh akan menyebar Hadits-hadits dariku, maka apapun Haditsku yang sampai kepadamu, bacalah Kitab Allah dan ambilah pelajarannya; apa saja yang sesuai dengan Kitab Allah, berarti aku telah mengatakannya, tapi jika tidak sesuai dengan Kitab Allah, berarti aku tidak mengatakannya (Ath-Thabrani dalam Al-Kabir dari Ibnu Umar ra dan Kanzul-Umal, Juz I/993)
سَتَكُوْنُ عَنِّي ْ رُوَّاةٌ يَرْوُوْنَ الْحَدِيْثَ فَأَعْرِضُوْهُ عَلَى الْقُرْآنِ فَإِنْ وَافَقَ الْقُرْآنَ فَخُذُوْهَا وَإِلاَّ فَدَعُوْهَا
Akan ada orang-orang yang meriwayatkan Hadits dariku, maka bentangkanlah itu pada Alquran, jika itu sesuai dengan Alquran, maka ambillah itu, dan jika tidak sesuai, maka tinggalkanlah itu (Ibnu Asakir dari Ali ra dan Kanzul-Umal, Juz I/994)
أَعْرِضُوْا حَدِيْثِيْ عَلَى كِتَابِ اللهِ فَإِنْ وَافَقَهُ فَهُوَ مِنِّيْ وَأَنَا قُلْتُهُ
Bentangkanlah Haditsku kepada Kitab Allah, maka jika ia sesuai dengannya berarti itu dariku dan aku menyabdakannya (Ath-Thabrani dalam Al-Kabir dari Tsauban dan Kanzul-Umal, Juz I/907)

Keganasan adalah haram


Tuesday, 29 January 2013

Anwar kurang senang DS Najib melawat Gaza



Baru-baru ini,Anwar mengatakan bahawa lawatan DS Najib di Gaza adalah tindakan "KURANG BIJAK". Kenapa Anwar membuat kenyataan seperti begitu? Sebenarnya Anwar merasa kurang senang dan sakit hati pada DS Najib, DS Najib disambut oleh penduduk Gaza dengan begitu rasa hormat dan sambutan yang begitu baik oleh penduduk Gaza dan Kerajaan di sana.

Friday, 25 January 2013

PAS tukang batu api





Apa lagi yang tidak dipolitikkan? hampir semua perkara dipolitikkan oleh pembangkang yang mempunyai niat di hati yang sangat busuk. Memfitnah dan melemparkan banyak tuduhan yang tidak baik. Yang amat teruk sekali, orang yang bergelar  ULAMA versi PAS. Adakah itu dikatakan "PEWARIS NABI"?. Sedangkan DS Najib pergi ke GAZA atas dasar kemanusiaan, tanda sokongan kepada rakyat Plastine.

 2 Orang ini(DS Najib dan Datin Seri Rosmah) yang dituduh PEREMPUAN PUAKA,"KAFIR",MURTAD" dan pelbagai gelaran yang mengaibkan serta berbagai gelaran yang sangat hina, begitu sanggup membahayakan diri untuk memberi sokongan moral dan bantuan pada rakyat Palstine. Sedangkan tujuan DS Najib ke Palstine adalah niat yang baik dan ia cuba menyatukan Hamas dan Fatah.

APA PUNYA  JENIS MUSLIM YANG KAMU PAMERKAN  INI? TIDAK CUKUP KAH CERCAAN DAN PENGHINAAN YANG DILEPASKAN KEPADA DS NAJIB DAN DATIN ROSMAH SELAMA INI? ULAMA JENIS INI KAH YANG DIJADIKAN CONTOH DAN IKUTAN?

Monday, 21 January 2013

Tun Mahathir menjawab isu IC projek

Menurut Dr Mahathir, Malaysia sentiasa menerima orang asing untuk menjadi warga negara sekiranya mereka memenuhi syarat-syarat tertentu.
"Ramai yang ada di Sabah, mereka berada di situ bukan satu dua hari, satu dua tahun... ada 20, 30 tahun. Mereka ini bercakap dalam bahasa Melayu. Mereka berhak untuk menjadi rakyat. Yang menjadi masalah ialah ialah ada orang yang tidak senang kalau mereka jadi rakyat."
"Orang ini sebelum kita merdeka pun, mereka berulang alik daripada selatan Filipina ke Sabah kerana mereka tidak terima sempadan yang digaris oleh penjajah.
"Seperti juga di Sumatera dan Semenanjung. Kita terima sesiapa yang ada di sini sebagai rakyat, kenapa kita nak tolak mereka?
Kalau mereka lakukan jenayah, mereka terdedah kepada undang-undang kita juga. Tetapi mereka diperlukan oleh Sabah."
 
 
 
Berhubung sama ada pemberian status warga negara kepada pendatang asing di Sabah merupakan alasan politik agar UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus berkuasa di negeri itu, Dr Mahathir berkata: "Tidak...ini adalah hak mereka (mendapat kerakyatan bagi yang layak).
"Bila mereka menjadi warga negara, sama ada mereka sokong Umno, BN atau siapa sahaja, itu hak mereka.
"Ia adalah fakta bahawa bukan semua mereka menjadi penyokong BN," katanya.
 
 

Anwar juga perlu dipanggil beri keterangan

 
 
Harian Ekspres
Isnin,21 januari 2013 
 
 
 

Tokoh-tokoh Suci Difatwakan Murtad


Kebiadaban merosak dan membakar masjid telah menimbulkan kemurkaan Allah swt dan Dia telah mendatangkan azab yang sangat pedih kepada beberapa kumpulan atau Jemaah Islam dan bahangazab itu juga turut dirasai oleh penduduk negara berkenaan. Hal ini terjadi di Pakistan, Bangladesh dan Indonesia apabila ada segelintir pihak pelampau agama Islam dari sesebuah Jemaah mengkafirkan kelompok Islam yang lain lalu menyerang dan membakar masjid mereka. Lebih memilukan lagi mereka melaungkan nama Allah Yang Maha Besar sewaktu melakukan kerosakan tersebut. Perbuatan terkutuk ini tidak kurang hebatnya untuk mengundang kemurkaan Allah swt kerana pada pandanganNya selagi seseorang mengaku sebagai Islam dengan mengucapkan Kalimah Syahadah, individu atau kelompok tersebut adalah Islam. Perhatikan mana-mana negara Islam di mana perkara ini berlaku, negara tersebut tidak akan menikmati kemakmuran kerana Allah swt melaknat mereka. Allah swt juga murka terhadap umat Islam yang tidak mencegah penganiayaan tersebut dengan membiarkan saudara Islamnya melakukan kezaliman sehingga berlakunya penganiayaan dan pembunuhan. Allah swt berfirman, “Dan barangsiapa membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah jahanam: ia akan menetap di dalamnya. Dan Allah murka kepadanya dan melaknatnya dan menyediakan baginya azab yang sangat besar.”  (An Nisaa’ : 94).

Pembunuhan sesama Islam adalah merupakan di antara dosa besar yang sering dilakukan oleh sebilangan umat Islam. Oleh itu janganlah merasa hairan melihat kekacauan dan kemunduran kebanyakan negara Islam pada hari ini kerana semua ini ada kaitan dengan dosa yang pernah dan sedang mereka lakukan. Perkara ini juga telah menimpa beberapa tokoh suci Islam yang disanjungi seperti cucu kesayangan Rasulullah saw iaitu putera kepada Hazrat Khalifah Ali ra (khaatam-ul-auliya)yakni Imam Hussein, terpisah badan dan kepalanya akibat fatwa yang dikeluarkan oleh sekumpulan ulama. Begitu juga Imam Shafie (juga digelar sebagai khaatam-ul-auliya), Imam al Bukhari, Imam Ahmad bin Hanbal, Imam Ghazali dan beberapa tokoh ulama Islam yang lain. Mereka dikafirkan dan dituduh sesat kerana pandangan mereka yang bersifat progresif bertentangan dengan sekumpulan para ulama berfikiran sempit pada waktu itu. Perbezaan pendapat ini menyebabkan para ulama tersebut tersinggung dan mereka cipta pelbagai fitnah dan mengeluarkan fatwa untuk menuduh tokoh-tokoh suci Islam tersebut sebagai murtad, kafir dan sesat sehingga kerajaan dan masyarakat terikut-ikut melakukan penganiayaan dan kezaliman ke atas mereka. Umat Islam wajib berhati-hati dengan permainan kotor ini kerana jika tokoh-tokoh suci tersebut mudah dikafirkan dan dimurtadkan oleh para ulama, sudah tentu di zaman ini pasti para ulama yang kotor hatinya mudah memerangkap masyarakat Islam untuk mempercayai sesebuah kumpulan Islam atau seseorang dikatakan sesat dan kafir. Oleh itu umat Islam perlu berwaspada apabila berdepan dengan perkara ini kerana janganlah mengulangi dosa-dosa umat Islam terdahulu yang telah menimbulkan kemurkaan Allah swt.