Menurut 
Dr Mahathir, Malaysia sentiasa menerima orang asing untuk menjadi warga negara 
sekiranya mereka memenuhi syarat-syarat tertentu.
"Ramai 
yang ada di Sabah, mereka berada di situ bukan satu dua hari, satu dua tahun... 
ada 20, 30 tahun. Mereka ini bercakap dalam bahasa Melayu. Mereka berhak untuk 
menjadi rakyat. Yang menjadi masalah ialah ialah ada orang yang tidak senang 
kalau mereka jadi rakyat."
"Orang 
ini sebelum kita merdeka pun, mereka berulang alik daripada selatan Filipina ke 
Sabah kerana mereka tidak terima sempadan yang digaris oleh 
penjajah.
"Seperti 
juga di Sumatera dan Semenanjung. Kita terima sesiapa yang ada di sini sebagai 
rakyat, kenapa kita nak tolak mereka?
Kalau 
mereka lakukan jenayah, mereka terdedah kepada undang-undang kita juga. Tetapi 
mereka diperlukan oleh Sabah."
Berhubung 
sama ada pemberian status warga negara kepada pendatang asing di Sabah merupakan 
alasan politik agar UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus berkuasa di negeri itu, 
Dr Mahathir berkata: "Tidak...ini adalah hak mereka (mendapat kerakyatan bagi 
yang layak).
"Bila 
mereka menjadi warga negara, sama ada mereka sokong Umno, BN atau siapa sahaja, 
itu hak mereka.
"Ia 
adalah fakta bahawa bukan semua mereka menjadi penyokong BN," 
katanya.



An impressive share! I've just forwarded this onto a colleague who had been conducting a little research on this. And he in fact ordered me breakfast simply because I discovered it for him... lol. So let me reword this.... Thank YOU for the meal!! But yeah, thanks for spending time to discuss this matter here on your website.
ReplyDeleteMy blog post : LaMichael James Jersey