Tuesday, 11 September 2012

PR MENGHINA KAUM KADAZAN DUSUN HANYA KERANA DS NAJIB MENARI TARIAN SAMAZAU

INI ARTIKEL PENUH BLOG TERSEBUT

BANYAK orang keliru dan salah faham mengenai tarian Sumazau yang popular di Sabah sehingga di gelar tarian rakyat.  Ia bukanlah tarian rakyat seperti mana yang kebanyakkan dari kita semua faham, tapi ia berasal dari tarian masyarakat Kadazandusun untuk menyeru semangat padi yang dipanggil Bambaazon.
Atau dalam erti kata lain, ia adalah tarian pemujaan!!

Justeru tidak hairanlah kenapa begitu banyak pihak yang mengutuk Perdana Menteri Najib Tun Razak dan isteri yang dilihat dan dirakam sedang melakukan tarian tersebut semasa acara sambutan rumah terbuka di Seri Perdana tempoh hari (rujuk video dibawah).

Kalau ikut kiraan penulis,(1) lebih dari 30 blog pro Pakatan Rakyat yang memainkan isu ini sahaja sejak beberapa hari lepas terutama sejak kejadian mengacukan pistol di Melaka pada Sabtu.
(1)Tumpuan kecaman kebanyakkan blog-blog ini ialah kepada asal usul tarian tersebut, tapi penulis tidak berminat nak mengulas dari segi itu kerana terlalu berkaitan dengan agama, penulis lebih berminat mengulas dari segi kesesuaian tarian seumpama itu ditarikan oleh seorang pembesar negara seperti Najib

Penulis akui, tak berapa faham tentang tarian, cantik ke tak cantik, sumbang ke tak sumbang.(2)  Tapi penulis tahu jenis dan gaya tarian jenis itu tidak berapa berkenan di mata penulis - nampak bodoh saja mengepak-ngepak macam burung.

Lebih lagi kalau ditarikan oleh perempuan yang terlebih muatan – faham-faham sajalah siapa yang dimaksudkan.

(3)Penulis yakin, bukan penulis seorang, majoriti rakyat Malaysia pun sama seperti penulis, tidak berapa nak berminat dengan tarian yang berasal dari upacara memuja semangat padi ini.  Soal rakyat Sabah sukakannya, itu masalah mereka, kita di Semenanjung yang jauh lebih moden dan bertamadun tak perlu mengikut mengepak-ngepak seperti itu.

(4)Kalau pun tujuannya nak menawan hati rakyat Sabah, tak perlulah sehingga nak mengepak-ngepak di Majlis awam.  Hari ini Sumazau, mengepak-ngepak macam burung, besok apa lagi?  Gamaknya kalau tarian Gangnam Style dah jadi ‘tarian rakyat’ mana-mana masyarakat dalam negara ini, sanggupkah Najib terlompat-lompat macam kuda pula?

Nampak logik yang penulis cuba sampaikan?

Penulis rasa tindakan Najib ‘mencemar duli’ dengan menari tarian Sumazau yang ketinggalan zaman ini ada kaitan dengan cubaan meniru pendekatan sama yang pernah dilakukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini, terutama dalam cuba menarik sokongan kaum India.
Najib tahu, pendekatan seumpama itu memang mampu menarik sokongan, seperti yang dibuktikan dalam pilihanraya umum 2008 dan Ijok 2007.
Tapi sasaran Najib itu salah (rentak pun salah – sumbang), masyarakat India adalah kaum ketiga terbesar di negara ini,(5) dibandingkan dengan masyarakat Kadazandusun yang cuba ‘dibodek’ Najib melalui tarian Sumazaunya itu.

(6)Berapa percent sangat mereka tu di Sabah?

Inilah sekarang akibatnya terlalu nak meniru sangat, orang lain menari dapat sokongan, Najib menari dapat kecaman.



,(1) lebih dari 30 blog pro Pakatan Rakyat yang memainkan isu ini
 Tumpuan kecaman kebanyakkan blog-blog ini ialah kepada asal usul tarian tersebut<<<<WAH... INI BUKAN PANDANGAN PERIBADI PENULIS, TAPI INI MENUNJUKKAN BAHAWA PANDANGAN PAKATAN RAKYAT SEBENARNYA TENTANG KEBUDAYAAN DAN ADAT RESAM ORANG SABAH TERUTAMA KAUM KADAZAN DUSUN NEGERI SABAH. RUPA-RUPANYA ORANG-ORANG PAKATAN RAKYAT SUDAH LAMA MENGEJEK DAN MELUAT BUDAYA DAN ADA RESAM KAUM DUSUN SELAMA INI? BUKAN BEGITU KA? DARI CARA ITU PENULIS CAKAP PUN MACAM MELUAT BUDAYA KAUM KADAZAN DUSUN.


.(2)  Tapi penulis tahu jenis dan gaya tarian jenis itu tidak berapa berkenan di mata penulis - nampak bodoh saja mengepak-ngepak macam burung. 

DIA CAKAP NAMPAK BODOH PULA YAH? SAYA TENGOK BLOG-BLOG PAKATAN RAKYAT MACAM SUKA BETUL MENGHINA BUDAYA RAKYAT SABAH. PAKATAN RAKYAT CUMA MINAT UNDI DARI RAKYAT SABAH, TAPI TIDAK ADA RASA HORMAT DAN MENGHARGAI KEHARMONIAN,SALING FAHAM MEMAHAMI ANTARA SATU KAUM DENGAN KAUM LAIN DI SABAH DAN SETERUSNYA SELURUH MALAYSIA. BELUM PERNAH KAUM KADAZAN MEMBURUK-BURUKKAN BUDAYA KAUM YANG LAIN, TAPI PAKATAN RAKYAT SANGGUP MENGHINA SAMA ORANG DUSUN HANYA KERANA DS NAJIB.

(3)Penulis yakin, bukan penulis seorang, majoriti rakyat Malaysia pun sama seperti penulis, tidak berapa nak berminat dengan tarian yang berasal dari upacara memuja semangat padi ini.  Soal rakyat Sabah sukakannya, itu masalah mereka, kita di Semenanjung yang jauh lebih moden dan bertamadun tak perlu mengikut mengepak-ngepak seperti itu.

Penulis rasa tindakan Najib ‘mencemar duli’ dengan menari tarian Sumazau yang ketinggalan zaman ini
WAHH.... MAJORITI RAKYAT MALAYSIA TIDAK SUKA TARIAN SAMAZAU KAH? ATAU HANYA ORANG-ORANG PAKATAN RAKYAT SERTA PEMIMPINNYA TIDAK SUKA TARIAN SAMAZAU? PAKATAN RAKYAT CUMA MAU BERMUKA-MUKA DAN PURA-PURA MAU MEMBELA RAKYAT SABAH, TAPI DISAMPING ITU MENGHINA.

TIDAK CUKUP DENGAN ITU, PENULIS INI CAKAP  TARIAN SAMAZAU SUDAH KETINGGALAN ZAMAN DAN TIDAK BERTAMADUN. OOOH... GITU PULA FIKIRAN ORANG PAKATAN RAKYAT TERHADAP RAKYAT SABAH SELAMA INI PULA ?

,(5) dibandingkan dengan masyarakat Kadazandusun yang cuba ‘dibodek’ Najib melalui tarian Sumazaunya itu.


HEIIII... KEBIASAAN ADAT DI SABAH MEMANG BEGITU, JIKA MAU MENGHARAP ATAU MEMOHON SESUATU, SESEORANG MESTI DATANG KE RUMAH DAN MESTI MEMATUHI ADAT KAUM DI SABAH. TAPI ORANG SABAH TAU BAH APA YANG TIDAK BOLEH DALAM ISLAM. SAYA TENGOK DATUK NAJIB CUMA MENGHORMATI DAN MENGAMBIL HATI KAUM KADAZAN DUSUN DI SABAH. JIKA TIDAK SANGGUP BUAT MACAM ITU, BERERTI ADA NIAT YANG TIDAK BAIK SAMA ORANG KADAZAN DUSUN ATAU TUAN RUMAH SERTA TIDAK IKHLAS.


(6)Berapa percent sangat mereka tu di Sabah?
MAKSUD DIA NI BERAPA PERCENT SAJA KAH ORANG KADAZAN DUSUN PUNYA UNDI? JADI TIDAK PENTINGLAH KAN UNDI KADAZAN DUSUN?

SAYA PERHATIKAN ADA BEBERAPA BLOG PAKATAN RAKYAT SECARA TERANG-TERANGAN MENGHINA DAN MEMPERTIKAIKAN ADAT BUDAYA RESAM KAUM KADAZAN DUSUN.

SAYA RASA JELAS LAH APA YANG TERSIRAT DAN NIAT DI HATI ORANG-ORANG DAN PEMIMPIN-PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT SELAMA INI,  KAUM KADAZAN DUSUN DI SABAH DAN SELURUH MALAYSIA BERHATI-HATI MULUT MANIS TAPI BUSUK DALAM HATI DIA ORANG NI.

http://suarapakatanrakyat.com/2012/09/tarian-sumazau-untuk-golongan-rendah-akhlak/

No comments:

Post a Comment