Thursday, 6 September 2012

UMNO/BN ZALIM?




Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (49:12)


“Kabarkanlah kepada orang-orang munafik bahwa mereka akan mendapat siksaan yang pedih, (yaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mu’min. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah. “ (An Nisaa 4:138-139)

BEZA ANTARA BERKERJASAMA MEMBELA BANGSA MASING-MASING DALAM BARISAN NASIONAL DAN BERKERJASAMA UNTUK MENGHANCURKAN KERAJAAN YANG BERUSAHA MEMAJUKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

SELAMA UMNO MEMERINTAH, UMNO/BN TIDAK LUPA PEMBANGUNAN DAN KEMAJUAN UNTUK UMAT ISLAM. PEMBANGUNAN DAN KEMAJUAN ISLAM BOLEH DILIHAT SEPANJANG KERAJAAN UMNO/BN MEMERINTAH. BANYAK MASJID DIBINA, SEKOLAH DAN UNIVERSITI DIBINA DAN MENGHANTAR PELAJAR-PELAJAR ISLAM KE NEGARA ARAB UNTUK MENDALAMI ILMU-ILMU ISLAM BERTARAF DUNIA, MAHKAMAH SYARIAH DITUBUHKAN DAN JABATAN-JABATAN AGAMA ISLAM DITUBUH UNTUK KEMUDAHAN DAN PENYELESAIAN MASALAH-MASALAH UMAT ISLAM DI MALAYSIA. SUDAH BANYAK KERAJAAN UMNO/BN LAKUKAN UNTUK PERJUANGAN ISLAM. APA YANG TIDAK CUKUP LAGI? PADAHAL SEMUA SUDAH DISEDIAKAN OLEH KERAJAAN UMNO/BN, NAK SEMBAHYANG, BERPUASA, BERTUDUNG DAN MENGAMALKAN AJARAN ISLAM BEGITU BEBAS SEKALI TANPA SEKATAN ATAU HALANGAN DARI KERAJAAN UMNO/BN. ADAKAH ITU ZALIM DAN KEJAM?

UMAT ISLAM BEBAS MEMILIH JALAN HIDUPNYA DALAM NEGARA INI, SEMUANYA HANYA DARI DIRI-SENDIRI. NAK JADI UMAT NABI SAW ATAU TIDAK , ITU ADALAH MASING-MASING MENENTUKAN PILIHANNYA. KERANA ITU ADALAH URUSAN ALLAH SWT DENGAN ORANG YANG NAK KUFUR INGKAR.

Dan katakanlah (wahai Muhammad): Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah dia beriman dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya(18:29)

(Katakanlah wahai Muhammad): Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan-keterangan (dalil-dalil dan bukti) dari Tuhan kamu; oleh itu sesiapa melihat (kebenaran itu serta menerimanya) maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa buta (dan enggan menerimanya) maka bahayanya tertimpalah ke atas dirinya sendiri dan tiadalah aku berkewajipan menjaga dan mengawasi kamu.(6:104)

Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. (Janganlah engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak menghendaki) maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman?(10:99)

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai sekalian manusia! Telah datang kepada kamu kebenaran (Al-Quran) dari Tuhan kamu. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayat petunjuk (beriman kepadanya), maka faedah hidayat petunjuk itu terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang sesat (mengingkarinya) maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri dan aku pula bukanlah menjadi wakil yang menguruskan soal (iman atau keingkaran) kamu.(10:108)

JANGAN PERSALAHKAN KERAJAAN UMNO/BN JIKA MASIH BANYAK UMAT ISLAM MEMBELAKANGI AJARAN ISLAM. KERANA KERAJAAN UMNO/BN TELAH BANYAK LAKUKAN UNTUK PERJUANGAN ISLAM, TINGGAL HANYA UMAT ISLAM UNTUK MENGGUNAKAN SEBAIKNYA APA YANG TELAH DISEDIAKAN OLEH KERAJAAN UMNO/BN. JIKA BETULLAH PAS NAK PERJUANGKAN ISLAM, KENAPA TIDAK GUNAKAN SEGALA KEMUDAHAN YANG TELAH DISEDIAKAN OLEH KERAJAAN? KENAPA TIDAK BANTU KERAJAAN UMNO/BN UNTUK MENGEMBANGKAN ISLAM DAN MENJAGA UMAT ISLAM DALAM BUMI YANG BERTUAH INI? MALAH PAS BERKERJASAMA DENGAN DAP YANG SUDAH JELAS DAN TERANG-TERANGAN ANTI ISLAM HINGGA DAP BEGITU BERANI MENENTANG KEPERCAYAAN UMAT ISLAM DALAM NEGARA INI?

ADAKAH PAS FIKIR SENANG MENGEMBANGKAN ISLAM JIKA MEMEGANG TAMPUK PEMERINTAHAN? TAK SEMUDAH SEPERTI YANG DISANGKAKAN. KERANA NEGARA INI BERBILANG KAUM DAN BERBILANG AGAMA. IA MEMERLUKAN KESABARAN DAN KETABAHAN UNTUK MENYEBARKAN AJARAN ISLAM TANPA PEMAKSAAN ATAU KEKUASAAN. NABI SAW MENYEBARKAN ISLAM BUKAN DENGAN PEREBUTAN KEKUASAAN DAN PEMAKSAAN TAPI DENGAN KESABARAN YANG TINGGI, KELEMBUTAN DAN AHLAK YANG TINGGI YANG MENJADI TAULADAN OLEH PARA SAHABAT-SAHABATNYA.

Dan turutlah apa yang diwahyukan kepadamu serta bersabarlah (dalam perjuangan mengembangkan Islam) sehingga Allah menghukum (di antaramu dengan golongan yang ingkar dan memberi kepadamu kemenangan yang telah dijanjikan), kerana Dialah sebaik-baik Hakim.(10:109)


PAS JANGANLAH JADI SEPERTI TIKUS BAIKI LABU. NIAT MAHU MEMPERBAIKI, TAPI AKHIRNYA HANCUR ATAU ROSAK. JADILAH PEWARIS NABI YANG SEBENARNYA.

 sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan. (28:77)

Ada di kalangan manusia yang percakapannya tentang kehidupan dunia menarik hati kamu, lalu Allah perlihatkan apa-apa yang ada dalam hatinya. Dialah sejahat-jahat musuh. Apabila dia beredar, berusaha melakukan kerusakkan di muka bumi dan membinasakan tanaman serta keturunan. Allah tidak suka kepada kerusakan.(2:204-205)



No comments:

Post a Comment