Saturday, 12 January 2013

Mengenal siapa Dajjal






Barangsiapa hendak terselamat dari fitnah Dajjal maka bacalah sepuluh ayat permulaan dari Suratul Khafi, nescaya terselamat dari godaan Dajjal (Musnad Ahmad Hambal)


Hadis di atas bukanlah menyeru umat Islam membaca Surah Al-Khafi untuk dijadikan mentera atau jampi serapah. Tapi menyeru umat Islam memahami isi kandung dalam ayat tersebut untuk mengenali tipu daya dan mengenal siapa sebenarnya Dajjal.



Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong): (Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik. Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya. Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata: Allah mempunyai anak. (Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta. Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini. Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya . (Surah Al-Khafi 18:1-7)



No comments:

Post a Comment