Friday, 11 January 2013
Segelintir Ularma
Mustahil Ulama tidak pernah membaca, misalnya ayat “Ya ayyuhalladziina aamanuu kuunuu qawwamiina lillah syuhadaa-a bilqisthi…al-aayah” (Q. 5: 8). Artinya, wahai orang-orang yang beriman jadilah kamu penegak-penegak kebenaran karena Allah dan saksi-saksi yang adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu kepada suatu kaum menyeret kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah; adil itu lebih dekat kepada takwa. Takwalah kepada Allah. Sungguh Allah Maha Mengetahui apa yang kau kerjakan.
Apakah mereka tidak pernah membaca kelembutan dan kelapang dadaan Nabi Muhammad SAW atau membaca firman Allah kepada beliau, “Fabimaa rahmatin minaLlahi linta lahum walau kunta fazhzhan ghaliizhal qalbi lanfaddhuu min haulika… al-aayah” (Q. 3: 159). Artinya, maka disebabkan rahmat dari Allah-lah engkau berperangai lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau kasar dan berhati kejam, niscaya mereka akan lari menjauhimu…”
Di JalanRaya bukan main mereka menunjukkan belang dan ganas sambil meneriak melaung nama "Allah" . Memaki hamun sambil menuduh orang yang tidak menyokong idea politik mereka adalah KAFIR dan MURTAD. Ini bukan cara Nabi SAW berdakwah. Ini bukannya JIHAD.
Apa punya jenis Ulama seperti ini? adakah Ulama seperti ini pewaris Nabi? kaji dan lihat sejarah Nabi SAW. kamu pasti akan melihat perbezaan antara pewaris Nabi dan perosak umat islam.
Bersambung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment