Tuesday, 24 July 2012

ULAMA UHUM - Umat Islam Harus Berfikir


Keadaan Permulaan Awal Islam


Dalam Surah Al-Hasyar ayat 14-16, Allah Ta'ala berfirman bahawa "Sesungguhnya kamu dalam hati mereka lebih ditakuti daripada Allah. Yang demikian itu kerana mereka adalah kaum yang tidak mengerti. Mereka tidak akan memerangi kamu dalam keadaan yang bersatu padu, kecuali dalam kampung-kampung yang berbenteng atau di sebalik tembok. Permusuhan antara sesama mereka adalah sangat hebat. Kamu kira mereka itu bersatu sedang hati mereka berpecah belah. Yang demikian itu adalah kerana mereka adalah kaum yang tidak mengerti. Mereka adalah seperti orang-orang Yahudi yang belum lama sebelum mereka, telah merasai akibat buruk dari perbuatan mereka, dan bagi mereka ada azab yang pedih.

Walaupun terjemahan ayat ini kelihatan umum apabila membacanya, namun apabila seseorang cuba merenungkannya dengan mendalam, ada tersedia makna yang begitu luas. Dalam ayat yang pertama, Rasulullah s.a.w dan para sahabat diseru bahawa mereka itu takut kepada kamu, dan ini kelihatan ganjil kerana kamu dianggap lemah, tidak ada pelindung, sering mendapat penghinaan dari orang-orang terhormat, sering disiksa dan dizalimi. Mereka juga dihalau dari negeri, dan walaupun setelah dihalau, mereka tetap tidak melepaskan kekejaman terhadap orang-orang Islam.

Jadi, yang dikatakan dalam ayat ini bahawa musuh kamu lebih takut terhadap kamu berbanding takut kepada Tuhan. Ketakutan terhadap kamu menyebabkan mereka lupa kepada Tuhan. Persoalan yang timbul ialah, takut yang bagaimana? Sebenarnya ketakutan itu ialah mereka takut Islam akan menang, bukannya takut dari segi yang zahir. Mereka takut menghadapi dalil-dalil yang hidup dan memberi kekuatan terhadap umat Islam. Setiap kebenaran, musuh akan merasa ketakutan yang tidak pada tempatnya. Mereka begitu takut sehingga dalam hati mereka langsung tidak ada ingatan kepada Tuhan. 

Oleh sebab itu, setiap orang yang kekal atas kebenaran, dalil-dalil mereka telah menyebabkan para musuh menjadi lupa kepada Tuhan dan jauh daripada ketakwaan, dan sebagai gantinya mereka berusaha sekeras yang mungkin untuk menghapuskan orang-orang yang tetap dalam kebenaran. Dan, serangan yang mereka buat menjadi bukti bahawa mereka itu langsung tidak ada perasaan takut terhadap Tuhan.

Sekiranya mereka itu ada perasaan takut kepada Tuhan, kenapa harus menggunakan senjata? Kenapa harus membuat harkat yang biadap? Kenapa harus menggunakan taktik kotor dan penipuan?

Semua itu menjadi bukti bahawa memang wujud ketakutan dalam diri mereka. Jika tidak, pasti mereka tidak akan menggunakan kekuatan tentera yang luar biasa, mereka tidak akan berusaha menekan, tidak akan melakukan kezaliman. Kalau mereka tidak takut, apa perlunya mereka berusaha menghapuskan hamba-hamba Rasulullah s.a.w.

No comments:

Post a Comment