Wednesday, 11 July 2012

PENJELASAN ISU BORNEONISASI KE-2

1. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ISTILAH BORNEONISASI?


  • Borneonisasi adalah istilah yang digunakan oleh pihak pembangkang untuk mewujudkan satu sentimen Sabah For Sabahan.


2. ADAKAH ISU bORNEONISASI INI MASIH RELEVAN DI SABAH ?



  • Selepas Sabah bersama-sama Sarawak dan Semenanjung menyertai Malaysia, istilah Borneonisasi tidak lagi relevan kerana sabah menjadi sebahagian dari negeri-negeri yang membentuk Malaysia.


3. BENARKAH DAKWAAN PEMBANGKANG, SABAH TIDAK MEMPUNYAI HAK AUTONOMI DALAM MENENTUKAN ARAH TUJU DASAR NEGARA?


  • Tidak benar kerana dalam konteks Persekutuan setiap kerajaan negeri mempunyai bidang kuasa masing-masing yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Dalam menentukan arah tuju dasar negara, Wakil sema negeri ada dalam Kabinet Persekutuan dan semua keputusan dibuat secara konsenses justeri tidak timbul lagi soal autonomi.


4. BENARKAH DAKWAAN YANG MENGATAKAN JAWATAN-JAWATAN  PENTING TERTINGGI DI SABAH DIMONOPOLI DAN DITENTUKAN DI SEMENANJUNG?


  • Di peringkat awal penubuhan Malaysia memang diakui bahawa jawatan-jawatan Persekutuan di Sabah diisi oleh pegawai-pegawai dari Semenanjung. Tapi ini bukan bertujuan untuk memonopoli tapi bertujuan untuk melatih pegawai-pegawai Sabah mengambil alih jawatan-jawatan penting. Sekarang kebanyakan jawatan-jawatan tinggi Persekutuan di Sabah telah diisi oleh pegawai-pegawai tempatan.

  • Sehingga Julai 2011, seramai 60 orang anak tempatan Sabah telah dilantik sebagai Ketua Jabatan dan Ketua Badan Berkanun di dalam agensi dan jabatan Persekutuan di Sabah.

  • Jumlah keseluruhan jawatan Persekutuan di Sabah ialah 130 dan ini terbukti bahawa anak tempatan Sabah telah memegang jawatan Persekutuan sebanyak 46% daripada jumlah tersebut.

  • Jumlah ini tidak termasuk jawatan-jawatan penting di Semenanjung yang diketuai oleh anak-anak Sabah termasuk jawatan Menteri dan Timbalan Menteri  termasuk Peguam Negara, Speaker Dewan Rakyat, Naib Canselor Universiti dan Duta-Duta Malaysia di Luar Negara.

5. BENARKAH PERJANJIAN PENUBUHAN MALAYSIA TERBATAL SELEPAS MENARIK DIRI PADA TAHUN 1965?


  • TIDAK BENAR SEKALI.

  • Singapura disingkir daripada Malaysia atas persetujuan Parlimen Malaysia. Tindakan-tindakan penyingkiran ini disebabkan People Action Party (PAP) Singapura mempersoalkan kesahihan Perlembagaan  Persekutuan dan membangkitkan isu-isu perkauman yang boleh membawa perbalahan dan kacau bilau antara kaum.

6. ADAKAH AMALAN MEMBACA DOA SETIAP KALI MAJLIS RASMI BERMULA MENCABULI HAK KEBEBASAN BAGAIMANA RAKYAT SABAH?

  • Tidak. ini kerana pada tahun 1971, Perlembagaan Negeri telah dipinda dengan memasukkan  perkara 5(a) iaitu Agama Islam menjadi agama rasmi bagi Negeri Sabah. Usul ini telah diluluskan oleh Kabinet Negeri yang mendapat sokongan 2/3 majoriti Dewan Undangan Negeri Sabah pada ketika itu. Tindakan ini mencerminkan semangat Perlembagaan  Persekutuan.

  • Rentetan daripada perubahan tersebut, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) diwujudkan untuk mentadbir hal ehwal Agama Islam di Negeri Sabah.

7. APAKAH "PERKARA 20" DAN BENARKAH IA TELAH DIABAIKAN SELEPAS PEMBENTUKAN MALAYSIA?


  • "Perkara 20" merupakan tuntutan dan syarat rakyat Sabah menyertai Malaysia. Perkara 20 bukanlah merupakan satu dokumen yang boleh dilihat secara berasingan daripada Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana tuntutan 20 Perkara itu telah diserapkan di dalam fasal-fasal Perlembagaan Persekutuan. Sebagai contoh status Bumiputera Sabah, Hak-hak Imigresen, yang memberi kuasa khusus kepada Kerajaan Sabah dan Sarawak seperti yang dituntut di dalam 20 Perkara tersebut. Oleh yang demikian tidak timbul isu kononnya kerajaan Persekutuan mengabaikan isu 20 Perkara.

No comments:

Post a Comment