Wednesday, 25 July 2012

MENJAWAB ARTIKEL DARI ORANG YANG SOMBONG



  • Hudud, qisas dan takzir hukum mandatori Islam: Wajib keluar dari kesatuan jahiliah dan kembali kepada kesatuan Islam.
    by Nur Shahil on Friday, July 20, 2012 at 9:07pm ·
    Assalaamualaikum.

    Manusia sering lalai. Manusia sering lupa. Manusia lalai dalam perbuatan dan lupa sejarah masa lalu. Demikianlah yang terjadi kepada kepada kebanyakan manusia. Kerana apa? Kerana manusia adalah manusia. Manusia bukan komputer yang boleh diset mindanya. Jika komputer, save sahaja tulisan, ia akan tersimpan rapi dan boleh dibuka bila-bila masa. Lain jika komputer itu telah hangkang (Jahanam).

    Demikianlah pehak yang mengatakan haram menjatuhkan pemerintah melalui demontrasi.

    Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menyebarkan Islam melalui dua tahap. Tahap pertama ialah secara sembunyi-sembunyi. Ketika itu Rasulullah Islam disebar dikalangan kaum keluarga sahaja dan sahabat handai yang rapat. Islam disebar secara diam-diam kerana memang adat bermula pasti sedikit.

    Namun setelah masuknya Sayyidina Umar al-Khattab, Islam mula menampakkan cahaya dan kekuatan. Umat Islam yang sedikit mula bersemangat. Dengan adanya Sayyidina Umar Radhiallahuanh dan juga telahs sedia ada Sayyidina Hamzah Radhiallahuanh, Islam mula menyerlah. Dan pada
    satu ketika Sayyidina Umar menyatakan kepada Rasulullah telah sampai masanya Islam disebar secara terang-terangan. Dan dengan persetujuan Rasulullah, Sayyidina Umar dan Sayyidina Hamzah memipin dua pasukan umat Islam yang ada, bergerak ke Masjidil Haram. Mereka bergerak dalam dua gerakan. Mereka bukan sahaja menunjukkan keberanian degan jumlah yang sedikit didalama masyarakat jahiliah Mekah, tetapi Sayyidina Umar al-Khattab dengan terang-terangan menyatakan keislamannya. Inilah demontrasi yang pertama di dalam Islam. Maka dimanakah dalil untuk mengharamkan demontrasi?
    Apabila Islam mula disebar secara terang-terangan, sejarah menunjukkan umat Islam terpaksa berhijrah ke Madinah akibat penentangan yang sangat hebat yang tidak putus-putus dari kaum musyrikin. Ini adalah lumrah kerana Islam adalah sesuatu yang baru yang muncul ditengah-tengah kemusyrikan. Madinah, Islam terus berkembang dikalangan masyarakat jahiliah Madinah, dikalangan assobiah Aus dan Khajraj, dikalangan Yahudi bani Qainuqa’ dan Bani Nadzir. Dan setelah kekuatan telah sampai kekemucaknya, Rasulullah dan umat Islam kembali merebut kota Mekah.

    Dari tahap awal dan tahap, berduyun-duyun umat jahiliah keluar dari kesatuan kemusyrikan yang assobiah, kesatuan yang hidup bertuhankan hawa nafsu dan kesatuan hidup yang berpandukan peraturan ciptaan yang zalim, kepada kesatuan Tauhid, kesatuan hidup dalam peraturan Islam dan kesatuan ketuhanan yang Esa. Kesatuan musyrik jahiliah hancur lebur apabila semua ahlinya keluar meninggalkan kesatuan yang sesat itu.

    Dan Islam terus menyebar dan berkembang di seluruh pelusuk dunia. Rasulullah mengutuskan para Sahabat menyebarkan Islam di Timur dan Barat. Demikian setelah Rasulullah wafat, usaha penyebaran Islam diteruskan oleh Sahabat, pengikut Sahabat, dan seterusnya ulama hingga ke hari ini.

    Dan Islam sampai ke Tanah Melayu. Sejarah Terengganu dan Melaka membuktikan Islam diamalkan secara menyeluruh dimana Islam diamalkan secara syumul baik amal peribadi, keluarga, masyarakat malah negara. Dokumen bersurat membuktikan undang-undang Islam dikanunkan dan dikuatkuasakan di kalangan rakyat.

    Namun kafir tidak akan senang dengan Islam. Kerana Islam telah membongkar kakafiran mereka. Maka datanglah kafir penjajah ke Tanah Melayu yang bernama Potugis, Belanda dan Inggeris dengan alasan berniaga dan untuk memajukan orang melayu. Memang benar melayu dapat mempelajari teknologi moden dari kafir penjajah. Namun teknologi itu telah dibayar dengan harga yang cukup mahal iaitu undang-undang Islam telah dipaksa rela untuk dihapuskan dalam pemerintahan Tanah Melayu. Kafir penjajah dengan penuh tipu muslihat licik berjaya memecahkan kesatuan Tauhid dan kesatuan Islam umat melayu dan ditarik keseluruhannya kepada kesatuan assobiah semula, dimana slogan melayu dengan melayunya, cina dengan cinanya dan india dengan indianya (Kemasukan cina dan india adalah strategi licik penjajah untuk menjatuhkan martabat tuan tanah iaitu kaum melayu, yang didatangkan dengan alasan sebagai buruh). Dan perundangan Islam ditolak dan digantikan dengan perundangan yang terhasil dari otak manusia. Dan perkara ini berjaya dikekalkan darigenerasi kegenerasi selama sudah lebih 55 tahun dengan menggunakan pembelajaran sekolah dan media massa.

    Sekarang minda masyarakat Islam Malaysia telah tertanam kembali dengan sistem jahiliah zaman lampau tetapi dijenamakan dengan jenama yang baru, dengan istilah baru iaitu Islam tidak sesuai diamalkan didalam masyarakat majmuk, Islam tidak mampu menangani kehidupan moden dan Islam adalah perundangan zaman unta, hukum Islam tidak memberikan keadilan kepada umat Islam dalam masyarakat majmuk. Umat Islam bersatu kembali dengan kesatuan jahiliah moden yang dinamakan sekularism. Dan terciptalah berbagai slogan yang sebenarnya ujudnya sangat disukai oleh kafir seperti Islam modenis, Islam extrimis, Islam Fendumentalis dan yang terbaru Islam Hadhari. Ertinya umat Islam berjaya dibingungkan dengan istilah-istilah yang tidak pernah dikenali di zaman Rasulullah atau zaman keemasan Islam.

    Wajibkah umat Islam bersatu di dalam ajaran jahiliah ini? Jawaban mutlaknya tidak. Rasulullah berjuang dengan bersusah payah dan dengan mempertaruhkan nyawa untuk mengeluarkan manusia dari kesatuan jahiliah kepada kesatuan Syariat Islam, maka tidak ada hujah untuk mengekalkan kesatuan jahiliah moden ini. Umat Islam wajib kembali kepada kesatuan yang berasaskan Islam yang syumul, bukan Islam terpilih-pilih, bukan Islam slogan, bukan Islam yang diambil hanya yang bersesuaian dengan hawa dan nafsu kepentingan puak dan kaum. Kerana bukan sekadar perpaduan yang diwajibkan oleh ALLah Taala tetapi asas dan tapak perpaduan itu yang wajib diambil kira iaitu Islam yang syumul, yang tidak bercampur aduk dengan sistem otak manusia yang lemah.

    Firman ALLah Taala bermaksud “Hukum apakah lagi yang mereka kehendaki? Padahal tidak ada yang boleh membuat hukum yang lebih baik dari ALLah bagi orang-orang yang yakin” (al-Ma’idah 5: 50)

    Firman ALLah Taala lagi bermaksud “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya” (Aali-’Imran:103)

    Apakah manusia mahu kembali kepada hidup jahiliah yang dalam permusuhan totok, hidup dalam perundangan kesukuan yang tidak pernah menyatukan manusia dalam satu kesatuan mutlak, hidup berpandukan perundangan dan hukum ciptaan, dan menggungkannya dengan menafikan hukum ALLah Taala? Tidak ada hujah yang wajar untuk maksud sedemikian dan sesungguhnya ia adalah kekufuran yang nyata.

    ALLah Taala berFirman bermaksud “Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah) kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka itu tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar. (al-Nahl. 16: 106) :

    Wassalam.>>>>>>>>>>>>

    satu ketika Sayyidina Umar menyatakan kepada Rasulullah telah sampai masanya Islam disebar secara terang-terangan. Dan dengan persetujuan Rasulullah, Sayyidina Umar dan Sayyidina Hamzah memipin dua pasukan umat Islam yang ada, bergerak ke Masjidil Haram. Mereka bergerak dalam dua gerakan. Mereka bukan sahaja menunjukkan keberanian degan jumlah yang sedikit didalama masyarakat jahiliah Mekah, tetapi Sayyidina Umar al-Khattab dengan terang-terangan menyatakan keislamannya. Inilah demontrasi yang pertama di dalam Islam. Maka dimanakah dalil untuk mengharamkan demontrasi?


    JAWAB:- ADAKAH MASA ITU SAYYIDINA UMAR DAN SAYYIDINA HAMZAH MENGADAKAN DUA KUMPULAN PADA MASA ITU MENYATAKAN RASA TIDAK PUAS HATI PADA KERAJAAN MEKAH SEPERTI YANG DEMONSTRASI BERSIH? PADAHAL MEREKA CUMA MENYATAKAN SECARA TERANG TERANGAN MEREKA TELAH MEMELUK AGAMA ISLAM. BUKANNYA MENENTANG KERAJAAN MEKAH MASA ITU. ARTIKEL YANG DIPUTARBELITKAN

    "SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENYUKAI ORANG-ORANG BERBUAT KERUSUHAN" (28:77)

    PADAHAL NABI SAW SERTA SAHABAT SAHABATNYA TIDAK MELAKUKAN DEMONSTRASI MENGANGGU KETENTERAMAN ATAU MENGANGGU KERAJAAN YANG ADA MASA ITU.

    WALAUPUN NABI SAW DAN PARA SAHABATNYA DIGANGGU BEGITU HEBATNYA DI MEKAH, MEREKA TIDAK MEMBALAS DENGAN KEKUATAN FIZIKAL ATAU APA BENTUK CARA YANG MEMBAWA KEROSAKAN ATAU MENGANGGU KEAMANAN DI MEKAH. MEREKA MEMBALAS DENGAN KEBENARAN ISLAM IAITU MENYAMPAIKAN KEBENARAN ISLAM DENGAN PENUH SABAR DAN TABAH WALAUPUN NYAWA TERANCAM.

    TUJUAN PEPERANGAN RASULULLAH SAW.

    Tujuan peperangan Rasulullah saw. sekali-kali bukanlah untuk sekedar membunuhi orang-orang tanpa sebab. Mereka telah diusir dari tanah leluhur mereka. Dan banyak sekali kaum pria serta kaum wanita Muslim yang tidak berdosa telah dibunuh. Sedangkan orang-orang zalim belum juga berhenti dari berbuat zalim, dan mereka menghambat ajaran Islam. Untuk itu, hukum Tuhan berkenaan dengan keamanan, menghendaki untuk menyelamatkan orang-orang yang teraniaya dari kehancuran total. Jadi, pihak yang telah menghunus pedang, dengan merekalah telah dilakukan perlawanan dengan pedang.
    Ringkasnya, untuk mematahkan ancaman para pembunuh, peperangan-peperangan itu telah dilangsungkan sebagai upaya menangkal kejahatan, dan telah dilangsungkan pada saat orang-orang zalim berkeinginan menghancurkan orang-orang benar. Dalam kondisi itu jika Islam tidak menerapkan aksi pembelaan diri, maka ribuan anak dan kaum wanita tak berdosa akan terbunuh, sehingga akhirnya Islam menjadi hancur.
    Hendaknya diingat bahwa ini merupakan kebengisan besar para penentang kami, mereka beranggapan bahwa petunjuk ilhamiyah hendaknya tidak mengandung ajaran untuk melawan para musuh pada tempat dan kesempatan apa pun, serta sentiasa memperlihatkan kecintaan dan kasih-sayang dalam bentuk kehalusan dan kelemah lembutan. Orang-orang ini, di dalam benak mereka beranggapan bahwa dengan membatasi segenap sifat sempurna Allah hanya pada kehalusan dan kelemah-lembutan saja berarti mereka sedang menjunjung tinggi Allah swt. Akan tetapi, orang-orang yang menelaah dan merenungkan masalah ini, dengan mudah dapat terbuka kepada mereka bahwa orang-orang tersebut sedang terperangkap di dalam suatu kekeliruan besar dan nyata. Dengan menelaah hukum kodrat Allah, akan terbukti dengan jelas bahwa Dia memang satu-satunya Rahmat bagi dunia. Akan tetapi rahmat itu tidak selamanya dan tidak dalam setiap kondisi tampil dengan corak kehalusan dan kelembutan. Justru semata-mata karena dorongan rahmat-Nya, Dia -- bagai seorang dokter ahli – kadang kadang memberikan sirup yang manis kepada kita dan kadang-kadang memberikan obat yang pahit. Rahmat-Nya menerpa seluruh umat manusia seperti halnya seorang di antara kita yang menyayangi seluruh bagian tubuhnya. Tidak dapat diragukan lagi bahwa tiap orang di antara kita menyayangi seluruh bagian wujudnya. Dan kalau ada yang ingin mencabut sehelai saja rambut kita, maka kita akan sangat marah kepadanya. Akan tetapi, kendatipun kita menyayangi tubuh kita, rasa sayang itu terbagi-bagi di dalam segenap tubuh kita. Dan seluruh bagian tubuh kita itu terasa sayang oleh kita. Kita tidak ingin satu pun di antaranya cedera. Akan tetapi, walaupun demikian, jelas terbukti bahwa kita tidak menyayangi bagian-bagian tubuh kita pada taraf dan kadar yang sama. Melainkan, rasa sayang terhadap anggota-anggota badan yang pokok serta penting, yang sedikit banyak merupakan tumpuan bagi tujuan kita, menguasai hati kita. Demikian pula, pada pandangan kita rasa sayang terhadap seluruh tubuh seutuhnya adalah lebih besar dibandingkan dengan rasa sayang terhadap salah satu anggota tubuh. Jadi, apabila kita menghadapi keadaan bahwa keselamatan suatu bagian tubuh bertumpu pada upaya penyayatan atau pembedahan atau pemotongan bagian tubuh yang kurang penting, maka untuk menyelamatkan jiwa, tanpa ragu kita siap untuk membedah atau memotong bagian tubuh tersebut. Dan walaupun pada saat itu di dalam hati kita juga timbul rasa sedih -- bahwa kita membedah atau memotong satu bagian tubuh kita yang disayangi -- akan tetapi kita tetap terpaksa melakukan pemotongan dengan pemikiran: jangan-jangan peradangan pada bagian tubuh tersebut dapat merusak bagian tubuh penting lainnya. Jadi, melalui tamsil ini hendaknya dipahami bahwa Allah pun tatkala melihat hamba-hamba saleh-Nya sedang dibinasakan oleh para pemuja kebatilan, dan kerusuhan pun merebak, maka Dia akan melakukan upaya yang tepat untuk menyelamatkan nyawa orang-orang saleh dan untuk menumpas kerusuhan -- tidak perduli apakah dari langit maupun dari bumi. Sebabnya adalah, Dia merupakan Rahim (Maha Pengasih) dan juga Hakim (Maha Bijaksana).

    http://umbnsabah.blogspot.com/2012/07/syariah-islam.html — with Aning Awang and 19 others.

No comments:

Post a Comment