“Jika kamu hendak membantu dan mengkhidmati Islam, pertama sekali jadikanlah diri kamu bertakwa dan suci, yang mana dengan itu kamu akan datang dalam perlindungan Tuhan. Kemudian kamu akan mendapat hak untuk berkhidmat. Kamu melihat bahawa kekuatan luaran umat Islam sudah lemah, kaum lain melihat dengan pandangan benci dan hina. Jadi, jika kekuatan dalaman dan hati kamu pun turut lemah, anggaplah bahawa segala-galanya sudah berakhir.”
“Jangan jadikan akhlak dan cara hidup kamu mengotorkan Islam. Kejahatan orang Islam dan tidak beramal pada ajaran Al-Qur’an boleh mengotorkan Islam.”
“Ada orang Islam yang minum arak, kemudian muntah di sana-sini, orang Hindu dan Kristian mentertawakan mereka. Mereka bukan merugikan diri sendiri tetapi menjadikan Islam jadi bahan tertawaan.” (Malfoozaat )
No comments:
Post a Comment