Insan membuat kemajuan dalam 
jalan ini secara perlahan-lahan dan berperingkat-peringkat. Jika ajaran ini sama 
seperti Injil yang mana apabila ditampar di sebelah pipi maka pipi yang sebelah 
juga harus dipersembahkan, atau memberikan segala-galanya, maka akibatnya ialah 
orang Islam juga sama seperti orang Kristian yang tidak dapat mengamalkan 
ajarannya dan terhindar dari mendapat ganjaran. Tetapi, Al-Qur’an Syarif  berkembang sedikit demi sedikit sesuai dengan 
fitrat manusia. Perumpamaan Injil ialah seperti seorang budak yang masuk ke 
sekolah dan dia dipaksa membaca buku yang begitu susah. Allah Ta’ala itu Hakiim. Tuntutan kebijaksaan-Nya ialah 
kesempurnaan ajaran adalah secara berperingkat-peringkat.
Untuk orang Muttaqi dikatakan: 
WALLADZIINA YU’MINUUNA BIMAA UNZILA 
ILAIKA WAMAA UNZILA MIN QOBLIKA WA BIL AAKHIROTI HUM YUUQINUUN 
(Al-Baqarah:5) yakni orang muttaqi itu beriman kepada kitab yang telah 
diturunkan sebelumnya dan kitab yang diturunkan ke atas engkau, dan yakin pada 
yang akhir. Perkara ini tidak bebas dari kerja keras. Setakat ini iman masih 
dalam keadaan berhijab. Di mata orang muttaqi belum ada makrifat dan bashirat. 
Dengan memerangi syaitan, sehingga kini dia telah menerima satu perkara dari 
ketakwaan. Inilah keadaannya jemaat kita waktu ini. Mereka juga telah menerima 
taqwa. Namun, setakat ini mereka belum mengetahui sejauh mana jemaat ini 
dipelihara oleh tangan Ilahi. Jadi, ini satu bentuk iman yang akhirnya memberi 
manfaat yang besar.
Apabila lafaz yakin digunakan secara biasa, maka ia 
bermaksud darjah yang paling rendah, yakni dalam tingkatan ilmu, ia masih dalam 
tingkat yang terendah iaitu ilmul 
yakin. Pada tahap ini ia diperingkat ittiqa. Tetapi, selepas itu ia akan 
merentasi peringat yang lebih tinggi iaitu ainul yakin dan haqqul yakin setelah melalui jalan 
taqwa.
Taqwa bukan satu benda yang 
kecil. Melalui taqwa itulah semua syaitan-syaitan dapat diperangi. Insan yang 
menguasai setiap kekuatan dalamannya, dalam keadaan nafsu ammarah masih ada syaitan dalam 
dirinya. Jika tidak dapat diperbaiki maka insan akan menjadi hamba. Ilmu dan 
akal yang digunakan dengan cara yang buruk akan menjadikannya syaitan. Tugas 
seorang muttaqi ialah memastikan ilmu dan akalnya serta segala kekuatan lain 
dalam keadaan betul
No comments:
Post a Comment